Jangan bersedih

Posted by Mohammad Afieq ibn Ismail on Wednesday, March 3, 2010 | 0 comments



Kartun ni bertajuk 'jangan bersedih'..maaf kerana tak disertakan dialog.:) Mungkin dapat dikongsikan bersama sedikit pengajaran yang ingin ana sampaikan,:
"Bersabarlah di atas setiap ujian Allah kepada kita. Biarpun ujian itu membuat kita sedih dan hati terasa gundah, kembalilah kita kepada Allah. Allah sebaik-baik tempat mengadu. Kadang-kadang kita merasa resah , marah semahunya apabila ditimpa musibah. Sehingga kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita katakan kerana terlalu marah. Malah kerana terlalu sedih, kita merasakan bahawa kita sahaja yang menanggung kesusahan, sehingga Nauzubillah kerana ada yang mengambil jalan singkat seperti membunuh diri dan sebagainya. Sama-samalah kita kembali kepada-Nya, andai kita berasa sedih kerana orang menghina kita, mari renungi sejenak sirah perjuangan Nabi S.A.W yang bukan sahaja dihina dengan kata-kata, malah pernah dilempar dengan najis, namun Nabi S.A.W hanya membalas dengan kebaikan. Alangkah jauhnya akhlak kita, jika kita membalas penghinaan orang lain dengan kata-kata yang sama. Andainya pula, kita terasa terlalu perit dengan kesusahan,fikir-fikirkanlah, apalah susahnya kita jika dibanding dengan kesusahan yang diuji Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W, yang lahir dalam keadaan yatim, tidak pernah melihat ayahndanya sendiri, malah setelah itu diuji dengan kewafatan ibundanya, juga jerih deritanya dalam mengharungi kepayahan dan dugaan ketika menyampaikan agama yang suci, iaitu ISLAM, namun Rasulullah S.A.W tidak pernah mengeluh dengan ujian yang menimpa baginda.Indahnya akhlak baginda! Sollu 'ala nabi!!
Wallahua'lam.. "
Moga mendapat manfaat.amin..